Inventions with Recycled Materials Through Purposeful Play Learning
Ciptaan daripada Bahan Kitar Semula melalui Pembelajaran sambil Bermain secara Terarah
Format: Workshop

Ms Nurain Syakirah binte Nordin
Director TheBambini SG
Pengarah TheBambini SG
Ms Nurain Syakirah holds a degree in Early Childhood Education and has 10 years of experience as a pre-school teacher. She believes that as a teacher, she has the important role of facilitating learning through purposeful play. The role is key since every child is capable of learning when offered opportunities that match their developmental strengths and needs.
Ms Nurain Syakirah merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak dan mempunyai 10 tahun pengalaman sebagai guru prasekolah. Beliau berpegang pada prinsip bahawa guru memainkan peranan penting sebagai pemudah cara ketika pembelajaran sambil bermain secara terarah dijalankan. Peranan guru ini amat penting kerana ia akan memastikan yang setiap kanak-kanak mampu belajar apabila diberi peluang yang bersesuaian dengan kekuatan dan keperluan perkembangan mereka.

In this session, participants will learn purposeful play strategies on how to create an enjoyable learning environment. One of the strategies is on how to encourage open-ended play both in and outside of the classroom. Participants will also gain insights on how children process ideas and experiences through this approach. In addition, participants will also learn how to use recycled materials that are easily accessible and cost-free to create teaching and learning resources.
Dalam sesi ini, peserta dapat mempelajari strategi bermain secara terarah untuk menyediakan suasana pembelajaran yang seronok.Antara strategi yang akan dikongsi ialah cara untuk menggalakkan permainan tanpa batas dalam persekitaran di dalam dan luar bilik darjah dan memahami cara murid-murid memproses idea dan pengalaman melalui permainan tanpa batas.Peserta juga akan mempelajari cara mendapatkan bahan kitar semula yang bebas kos, sekaligus memberi inspirasi untuk dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran.