Speech & Drama: The Haven for Imagination Exploration
Pertuturan & Drama: Ruang Selamat untuk Penerokaan Imaginasi
Format: Workshop

Mdm Jumaini Binte Ariff
Founder and Director, Storyscribblers
Pelopor dan Pengarah Storyscribblers
Mdm Jumaini Ariff is a children’s book author and a prominent storyteller in the Singapore Malay literary scene. She is known for her unique persona, Nek Selampit, and has participated in numerous national language and cultural campaigns as well as international storytelling festivals. Through Storyscribblers, which she founded in 2015, Jumaini provides fun and engaging language programmes based on the books she has authored. In 2017, Jumaini was appointed as a Malay Language Ambassador. Since then, she has worked with various institutions to pique the interest of pre-school and primary school children in Malay.
Mdm Jumaini Ariff merupakan seorang penulis buku kanak-kanak dan pencerita yang terkenal dalam bidang kesusasteraan Singapura. Turut dikenali melalui watak Nek Selampit; seorang penglipur lara, Jumaini secara aktif melibatkan diri dalam pelbagai kempen-kempen bahasa dan budaya di peringkat nasional, dan festival bercerita antarabangsa. Melalui Storyscribblers yang ditubuhkan pada 2015, Jumaini mengendalikan program-program bahasa yang menarik dan berkualiti tinggi berdasarkan buku-buku yang ditulisnya. Pada tahun 2017, Jumaini telah dilantik sebagai Duta Bahasa Melayu. Semenjak itu, dia bergiat secara berterusan dengan badan-badan bahasa dan budaya untuk melestarikan penggunaan bahasa Melayu di peringkat prasekolah dan sekolah rendah.

Speech and drama creates a safe space for children to imagine, explore and wonder beyond reality. In this workshop, Jumaini will share strategies on how to spark children’s imagination and guide them to embark on imaginative adventures using simple children’s narratives as a springboard.
Aktiviti pertuturan dan drama boleh mewujudkan ruang selamat untuk kanak-kanak meneroka imaginasi mereka. Dalam bengkel ini, Jumaini akan berkongsi beberapa strategi untuk mencetuskan imaginasi kanak-kanak dan membimbing mereka untuk ‘mengembara menggunakan imaginasi’ melalui sastera kanak-kanak yang mudah dan menarik.