StoryWalk® at the Malay Heritage Centre
StoryWalk® di Taman Warisan Melayu
Format: Sharing

Ms Maria Mahat
Director, Ungu Pen
Pengarah, Ungu Pen
Maria Mahat is the founder of Ungu Pen, a publishing, education and education training service provider company. Maria has trained pre-school educators in the Nurturing Early Learners (NEL) Framework for Mother Tongue Language and Singapore Little Treasures (Malay Language). Besides that, Maria is a mentor and facilitator for museum-based learning at several museums and heritage institutions in Singapore, and a writer of two dual-language picture books for children.
Maria Mahat ialah pengasas Ungu Pen, sebuah syarikat penerbitan, pendidikan dan penyedia khidmat latihan pendidikan. Maria telah melatih pendidik prasekolah dalam Rangka Kerja Memupuk Pelajar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda (NEL) dan program Khazanah Kecil Singapura (Bahasa Melayu). Selain itu, Maria merupakan mentor dan pemudah cara untuk Pembelajaran Berasaskan Muzium di beberapa muzium dan institusi warisan di Singapura dan penulis dua buah buku dwibahasa bergambar untuk kanak-kanak.

A StoryWalk® is an educational activity that places a children’s story (literally a book taken apart) along a walking route in the community. Its aim is to inspire parents, teachers and caregivers to take young children outdoors for physical activities, so that they can bond with nature, enhance family ties and learn, all at the same time. StoryWalk® helps to build children’s interest in reading while promoting healthy activities for both adults and children. In 2015, the National Heritage Board included their own version of StoryWalk® at the Malay Heritage Centre as part of the Singapore Little Treasures (SLT) Project. In 2019, Maria Mahat’s book was selected as part of SLT. Pages of her book, an adaptation from the book “Ada Biji Saga di dalam Saku Kami!” were placed around the herbal garden of the Malay Heritage Centre. Pre-school educators who are part of the SLT workshop will be able to use the StoryWalk® activity when they visit the Malay Heritage Centre with their pre-schoolers and gleam ideas for their own reading activities at their centres.
StoryWalk® merupakan aktiviti pendidikan yang mengajak peserta untuk membaca buku terpilih (halaman buku yang telah dipisah-pisahkan) sepanjang laluan yang tertentu. Projek StoryWalk® ini diharap dapat menggalakkan ibu bapa, guru dan penjaga supaya membawa kanak-kanak ke luar rumah untuk menyertai aktiviti fizikal dan bermesra dengan alam semula jadi, selain memupuk minat membaca. Pada tahun 2015, Lembaga Warisan Negara menggunakan versi StoryWalk® mereka di Taman Warisan Melayu sebagai sebahagian daripada program Khazanah Kecil Singapura (SLT). Pada tahun 2019, adaptasi daripada buku "Ada Biji Saga Di Dalam Saku Kami!" yang ditulis oleh Maria Mahat terpilih untuk program SLT. Lembaran-lembaran buku tersebut diletakkan di sekitar kawasan taman herba di Taman Warisan Melayu. Pendidik prasekolah yang menjalani bengkel SLT diperkenalkan kepada aktiviti StoryWalk® di Taman Warisan Melayu agar mereka dapat menggunakannya ketika melawat ke sana dengan kanak-kanak prasekolah mereka atau sewaktu merancang projek yang serupa di pusat mereka.