Learn MTL Through Purposeful Play from School to Home
Mempelajari Bahasa Ibunda melalui Aktiviti Bermain secara Terarah
Format: Panel Discussion

Ms Aimuniliyana Binte Mohammad Rahim
PCF Sparkletots Preschool @ Woodlands Blk 730
Tadika PCF Sparkletots @ Woodlands Blk 730
Ms Aimuniliyana has been a pre-school educator for 8 years and teaching Malay Language for the past 4 years. As a teacher, she believes that children’s active involvement through hands-on experiences will stimulate their minds so much so that their learning becomes impactful. Differentiated learning activities encourage interaction and group work, promote curiosity and cultivate children’s thirst to learn their Mother Tongue Language.
Ms Aimuniliyana berkhidmat sebagai seorang guru prasekolah selama 8 tahun dan telah mengajar Bahasa Melayu selama 4 tahun. Sebagai seorang guru, beliau percaya bahawa penglibatan aktif kanak-kanak dalam aktiviti amali akan merangsang minda mereka sehingga terkesan pada pembelajaran mereka. Aktiviti-aktiviti pembelajaran yang pelbagai menggalakkan interaksi dan kerjasama, memupuk rasa ingin tahu dan menyemai keinginan kanak-kanak untuk mempelajari bahasa ibunda mereka.
Mdm Haslindah Mispan
Curriculum Planning and Development Division, Ministry of Education
Bahagian Perancangan dan Pembangunan Kurikulum
Mdm Haslindah Mispan is a Lead Specialist for Malay Language at the Curriculum Planning and Development Division (CPDD), Ministry of Education. She has experience teaching Malay Language in secondary schools before joining CPDD in the planning, development and implementation of Malay Language curriculum for primary schools for more than 15 years. Currently, she is actively involved in the development of the pre-school Malay Language curriculum.
Mdm Haslindah Mispan merupakan Pakar Peneraju, Cawangan Bahasa Ibunda di Bahagian Perancangan dan Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Singapura. Beliau mempunyai pengalaman mengajar Bahasa Melayu di sekolah menengah sebelum bertugas lebih daripada 15 tahun di Cawangan Bahasa Ibunda dalam perancangan, pembangunan dan pelaksanaan Kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah. Kini, beliau terlibat dalam pembangunan Kurikulum Bahasa Melayu prasekolah.
Dr Raudhah Yahya
National Institute for Early Childhood Development
Institut Nasional bagi Pembangunan Awal Kanak-kanak
Dr Raudhah Yahya is a lecturer from the National Institute of Early Childhood Development (NIEC). She received her Doctorate of Education in Early Childhood Education from the University of Sheffield, United Kingdom. Her teaching experiences in Singapore, Canada and Oman involve engaging learners with diverse needs and abilities. Her research interests include play pedagogy, home-school discourses, children's thinking, teachers’ beliefs and practices and inclusive practices in school.
Dr Raudhah Yahya merupakan seorang pensyarah daripada Institut Nasional bagi Pembangunan Awal Kanak-kanak, Singapura (NIEC). Beliau menerima ijazah Sarjana dan ijazah Kedoktoran Pendidikan dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak daripada Universiti Sheffield, United Kingdom. Pengalaman beliau mengajar di Singapura, Kanada dan Oman menjadi pendorong untuk beliau membuat kajian mengenai pedagogi bermain, jalinan rumah dan sekolah, pemikiran kanak-kanak dan guru-guru, dan amalan inklusif di sekolah.

Play is an excellent way for young children to explore the world around them. It is through play that children primarily explore their surroundings. It is also through play that they are able to build the necessary language skills to communicate with each other in their Mother Tongue Language (MTL). Studies show that children's learning is optimised when they are given the freedom to learn through guided and purposeful play. They are motivated to learn while having a great time. Purposeful play involves intentional planning and facilitation of children’s play to achieve intended learning outcomes. When these play experiences continue from school to home, the learning continues effortlessly and seamlessly. Ms Aimuniliyana will share useful tips on how to use purposeful play both at home and school to encourage children to use their MTL.
Bermain merupakan kegiatan yang amat baik bagi kanak-kanak untuk meneroka dunia di sekeliling mereka. Kegiatan ini memberi mereka peluang untuk meneroka persekitaran mereka. Melalui bermain, mereka berupaya untuk membina kemahiran bahasa untuk berkomunikasi sesama sendiri dalam bahasa ibunda. Kajian menunjukkan bahawa pembelajaran kanak-kanak dapat dioptimumkan apabila mereka diberikan kebebasan untuk bermain secara terarah. Mereka akan terangsang untuk belajar dan pada masa yang sama, menikmati keseronokan. Bermain secara terarah memerlukan perancangan yang rapi agar dapat menjadi penggerak untuk kanak-kanak mencapai hasil pembelajaran yang diingini. Apabila pengalaman bermain ini dilanjutkan dari sekolah ke rumah, pembelajaran akan berterusan dengan mudah dan lancar. Aimuniliyana akan berkongsi tip-tip yang berguna untuk menjadikan bermain secara terarah ini dapat dilakukan di rumah dan sekolah dalam usaha menggalakkan penggunaan bahasa ibunda dalam kalangan kanak-kanak.