Doodling as a Tool for Language Learning
Conteng-menconteng sebagai Alat Pembelajaran Bahasa
Format: Workshop

Mr Khairudin Saharom
Kite Studio Workshop
Bengkel Kite Studio
Khairudin Saharom, a familiar face in the media scene as an actor and presenter, is a professional architect with a passion for illustration. He has illustrated several books including What Sallamah Didn’t Know and Ghost With Dirty Feet. He is a firm believer that illustrations have the ability to not only connect the reader visually to the text, but also trigger the senses and capture emotions that are true to the story. He has been using drawing as tool for communication even till today in his work as an architect.
Khairudin Saharom yang terkenal sebagai pelakon dan pengacara di persada seni, ialah seorang arkitek yang mempunyai nyala rasa untuk seni ilustrasi. Malah, beliau merupakan pengilustrasi untuk beberapa buah buku cerita termasuk “What Sallamah Didn’t Know” dan “Ghost With Dirty Feet”. Beliau percaya bahawa ilustrasi bukan sahaja dapat membantu pembaca untuk mengaitkan teks secara visual, malah mencetuskan dan mengungkapkan perasaan yang ingin ditimbulkan dalam sesebuah cerita. Bagi beliau, lukisan merupakan wadah komunikasi yang digunakan oleh beliau hingga kini sebagai seorang arkitek.

Doodling is a fun activity that could be an integral part of children’s learning journeys as they discover their Mother Tongue Language. It has the potential to be a useful tool to improve one’s ability to remember and understand words through visual connectivity and associations. This workshop will be an interactive one where participants will be engaged in hands-on doodling and story-telling. At the end of this workshop, participants will be exposed to ideas on how to use doodling in storytelling and everyday communication, and to improve the language learning process.
Conteng-menconteng ialah aktiviti menyeronokkan yang berpotensi untuk memainkan peranan penting dalam pengalaman kanak-kanak mengenali bahasa ibunda mereka. Malah, aktiviti ini boleh meningkatkan keupayaan kanak-kanak untuk mengingat dan memahami maksud perkataan melalui keterkaitan visual dan asosiasi. Dalam sesi ini, para peserta juga berpeluang untuk turut serta dalam aktiviti-aktiviti menconteng dan bercerita dalam suasana santai dan interaktif.Pada akhir bengkel ini, para peserta akan didedahkan pada cara dan strategi menggunakan teknik conteng-menconteng dalam aspek bercerita, komunikasi seharian dan kesinambungan pembelajaran bahasa dari bilik darjah ke aplikasi seharian.