Love Our Malay Language Through the Past and Present Games
Mencintai Bahasa Melayu Kita menerusi Permainan Masa Dahulu dan Kini
SCHOOL / ORGANISATION
My First Skool at Blk 803 Tampines

Children in My First Skool at block 803 Tampines experience the joy of learning the Malay culture and language through fun and interactive games. Named ‘Love our Malay Languages Through the Traditional and modern games’, children are able to appreciate Malay language, as well as take pride in the richness of Malay culture through playing both traditional and modern games.

Children get to explore and learn about authentic traditional games like congkak, batu seremban, capteh, yeh-yeh, tarik upih, teng-teng, gasing, layang-layang and more. These games help impart good values, as well as strengthen their understanding and deepen their appreciation of Malay language as a living language.

Besides traditional games, teachers at the centre also create special hands-on modern games. Through these games, teachers are able to impart good values to the children such as turn-taking and cooperation. Children will also have opportunities to communicate with their peers in the Malay language.
Bagi mempromosikan tema 'Mencintai Bahasa Melayu Kita Menerusi Permainan Dahulu dan Kini', My First Skool di blok 803 Tampines memperkenalkan permainan dahulu dan kini yang menyeronokkan dan interaktif kepada kanak-kanak untuk mencetuskan rasa cinta dan bangga akan bahasa Melayu. Kanak-kanak meneroka permainan-permainan ini di dalam dan luar bilik darjah.

Permainan tradisional seperti congkak, batu seremban, capteh, yeh-yeh, tarik upih, teng-teng, gasing dan layang-layang diperkenalkan kepada kanak-kanak. Pengalaman bermain permainan-permainan ini dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri kanak-kanak dan mengukuhkan pemahaman mereka tentang permainan-permainan tradisional selain menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa yang hidup.

Selain permainan-permainan tradisional, kanak-kanak juga berpeluang untuk bermain permainan semasa yang dicipta oleh guru. Semasa bermain permainan-permainan ini, kanak-kanak dapat belajar nilai-nilai murni seperti menunggu giliran dan bekerjasama. Mereka juga berpeluang untuk berkomunikasi dalam bahasa Melayu dengan rakan-rakan mereka.