Enhancing Oral Competencies Through Interactive Games
Mempertingkat Kecekapan Lisan melalui Permainan Interaktif
SCHOOL / ORGANISATION
Changkat Changi Secondary School
Sekolah Menengah Changkat Changi

At Changkat Changi Secondary School, Malay Language students are given the opportunity to discover the joy of learning via games. Through a monopoly-inspired game, students embark on an adventure discovering local places of interests and national icons. For lower secondary students, teachers will facilitate the game until students gain confidence in using the language. Students will then hone their oral communication skills through the game which is played independently.For upper secondary students, the game is played as part of enhancing their oral communication skills. This enables them to be creative whilst simultaneously challenging them to use the Malay Language in situations outside their comfort zone. Through this game, students are able to build a love for the Malay Language in their daily lives. At the same time, the game enables them to be confident and effective communicators of the Malay Language.
Di Sekolah Menengah Changkat Changi, para pelajar berpeluang untuk menguasai bahasa Melayu melalui pembelajaran yang menyeronokkan melalui permainan interaktif. Permainan papan yang dihasilkan daripada idea asal, permainan ‘Monopoly’, merupakan wadah untuk para pelajar menjelajahi tempat-tempat yang menarik dan ikonik di Singapura.

Para pelajar menengah rendah akan memainkan permainan ini dengan bantuan guru sebagai pemudah cara sehingga mereka lebih yakin bertutur dalam bahasa Melayu. Cara ini bukan sahaja dapat membina keyakinan pelajar, malah dapat mengasah kemahiran bertutur.

Para pelajar menengah atas pula akan menggunakan bahan permainan ini sebagai wadah untuk meningkatkan mutu interaksi dan pertuturan mereka. Menerusi permainan ini juga, pelajar berpeluang untuk mengasah kreativiti mereka di samping mencabar diri untuk menggunakan bahasa Melayu di luar zon keselesaan mereka.

Melalui permainan ini, diharapkan agar pelajar dapat memupuk rasa cinta pada bahasa ibunda dan membina keyakinan mereka agar menjadi pengguna bahasa Melayu yang berkesan dalam kehidupan harian.