Using Short Stories to Teach Malay Language
Menggunakan Cerpen dalam Pengajaran Bahasa Melayu
SCHOOL / ORGANISATION
Clementi Primary School
Sekolah Rendah Clementi

At Clementi Primary School, we infuse literature in the teaching and learning of Malay Language through the use of short stories. The use of literature serves as a platform for students to interact and engage in discussions. Whilst reading short stories, students are encouraged to draw upon their own opinions, feelings and personal experiences and use these as ways of forming their own responses to the stories. Through these, they also enable students to examine the values found in the stories and learn from them. Students will find joy in learning because of the enjoyable experience of reading the short stories.

The use of literature aims to equip pupils with the necessary skills to be proficient and confident users of the language and to take responsibility for their own learning. It also builds students’ cultural and global awareness, and enriches their language skills as they learn vocabulary and grammar in a meaningful way through an authentic context and not in isolation.
Di Sekolah Rendah Clementi, pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu disulami dengan bahan sastera, khususnya cerita pendek (cerpen). Penggunaan bahan sastera dapat menggalakkan interaksi dalam kalangan murid melalui perbincangan dan perkongsian perasaan serta pendapat, berdasarkan bahan yang dibaca. Murid-murid dibimbing guru untuk mencungkil pendapat, perasaan dan pengalaman peribadi mereka berdasarkan cerpen yang dibaca. Selain itu, dengan menggunakan cerpen, murid-murid diajar untuk meneliti nilai-nilai yang terdapat dalam cerita dan belajar daripada pengalaman tersebut.

Matlamat projek ini adalah untuk melengkapkan murid dengan kemahiran yang diperlukan untuk membentuk pengguna bahasa yang cekap dan yakin. Perkara ini akan membolehkan mereka memiliki sikap bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri. Pada masa yang sama, mereka juga akan terdedah kepada budaya dan kesedaran global dengan nilai-nilai yang positif.

Murid-murid didapati amat menikmati cerpen-cerpen dan berjaya mengaplikasikan kemahiran yang diperolehi dalam penulisan mereka. Pembelajaran kosa kata dan tatabahasa menjadi amat bermakna kepada murid-murid kerana mereka dapat membuat kaitan langsung dengan konteks cerita.