Fun Learning @ Shuqun
Didik Hibur di Shuqun
SCHOOL / ORGANISATION
Shuqun Primary School
Sekolah Rendah Shuqun

At Shuqun Primary School, the learning of the Malay Language comes alive through the use of games for learning vocabulary. One game uses the concept of the popular ‘Heads Up’. Students are challenged to come up with descriptive phrases to provide information on words given to their partner who will then try to guess the word. Through this activity, students expand their vocabulary in a fun and engaging manner.

Besides engaging students through games, the reading programme which is part of the school’s curriculum, immerses students in a reading culture. Students are not only exposed to storybooks from multiple genres, they are also given the opportunity to create their own online stories, based on the books that they have read. A variety of pre- and post- reading activities are conducted to allow students to express their opinions creatively. Through these activities, our students have learnt to be more confident in using the Malay Language.
Di Sekolah Rendah Shuqun, pembelajaran Bahasa Melayu dijadikan lebih menarik melalui permainan dalam pengajaran kosa kata. Salah satu permainan yang diterapkan dalam pengajaran Bahasa Melayu ialah ‘Apa yang Ada di Kepala Saya?’. Konsep permainan ini diambil daripada permainan popular, Heads Up. Melalui permainan ini, murid-murid dicabar untuk memikirkan frasa bagi menerangkan perkataan yang diberikan. Permainan ini membolehkan murid-murid mempelajari kosa kata baharu dalam suasana yang santai dan menyeronokkan.

Selain permainan, program bacaan yang diterapkan ke dalam kurikulum sekolah dikendalikan pula untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan murid-murid. Melalui program ini, murid-murid bukan sahaja didedahkan kepada buku cerita daripada pelbagai genre, malah mereka juga diberi peluang untuk menghasilkan cerita dalam talian berdasarkan buku-buku yang telah dibaca oleh mereka. Pelbagai aktiviti prabacaan dan pascabacaan diperkenalkan di dalam kelas bagi membolehkan murid-murid memberikan pendapat mereka secara kreatif. Melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan, murid-murid menjadi pengguna bahasa Melayu yang lebih yakin.