M3@NeeSoon
SCHOOL / ORGANISATION
M3@NeeSoon

The M3 initiative is a collaboration of three communal bodies, Mendaki, MUIS and Mesra, to address issues and provide support to the Malay/Muslim communities through various forms of assistance, depending on the profile of the residents in a particular neighbourhood. Part of M3@NeeSoon’s vision is to launch an academic springboard for children requiring additional assistance and guidance, so that they can be on par with other children when they enter primary school. Through the M3@NeeSoon initiative, parents will learn how to engage their children and provide them with consistent, holistic support. The use of the Malay language provides both clarity as well as opportunities for learning in a fun environment.

Program M Kuasa Tiga (M3) merupakan sebuah inisiatif bersama tiga badan kemasyarakatan setempat iaitu Mendaki, MUIS dan Mesra, untuk memberikan sokongan kepada masyarakat Melayu/Islam serta menangani isu-isu yang dihadapi oleh mereka selain menyediakan bantuan berdasarkan profil penduduk dalam kawasan kejiranan tertentu. Salah satu visi M3@Nee Soon adalah menyediakan sokongan dan bantukan kepada kanak-kanak berkeperluan sebagai batu loncatan agar mereka memiliki kesediaan akademik yang setara dengan murid-murid lain sewaktu melangkah ke sekolah rendah. Melalui inisiatif ini, golongan ibu bapa juga akan didedahkan pada pendekatan-pendekatan menarik yang dapat mereka gunakan di rumah agar sokongan yang menyeluruh kepada anak-anak mereka mampu dijalankan secara berterusan. Penggunaan bahasa Melayu akan memberi kesempatan agar pembelajaran dapat dijalankan dalam persekitaran yang menyeronokkan.